ITS A LIFE WHERE PEOPLE WANTED TO LOVED AND BE LOVED BY SOMEONE ELSE....
BUT ITS NOT ONLY MAN'S LOVE.....
THINK BOUT IT VERY DEEP IN YOUR HEART :)

SEEKING ALLAH'S LOVE IS THE PRIORITY...

LISTEN TO YOUR HEART BEAT =)

Saturday, October 29, 2011

smile makes you look young and sweet :)

     



senyuman bukan perkara yang susah untuk kita buat...namun ada sesetengah pihak yang rasa senyum ini susah sangat...hakikatnya senyuman itu kita sendiri yang menyukarkan ia untuk terpancar di wajah kita....

senyuman itu bukan nya hanya sewaktu kita dalam keadaan gembira namun tika dalam kekusutan pamerkan lah wajah mu dengan senyuman yang manis kepada kwan-kawan sekalian....

cute, funny, ice cream, smile, starsenyuman itu ciptaan AL-KHALIQ, malah ia adalah satu kuntuman yang indah yang sentiasa berada di bibir RASULULLAH SAW, bukankah kita sebagai umatnya juga perlu meneladani contoh rasul terulung kita ini....

RASULULLAH seorang yang mempunyai personaliti yang sangat menarik...terlalu banyak...antaranya mengenai senyuman nya...ok senyum memang perkara yang biasa, kecil dan macam tidak beerti pon tapi senyuman RASULULLAH memberi impak pada perkembangan islam  ke seluruh pelusuk alam

disebabkan senyumannya juga RASULULLAH SAW sapat mempengaruhi ramai orang sampaikan baginda dicintai, disayangi dan disegani oleh semua para sahabatnya.para sahabat lah yang menjadi saksi kehidupan baginda penuh dengan senyuman yang mencairkan hati.


 Kata Saidina Umar,


“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,

“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

flowers, smile, white

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:

“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.

Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu”. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.


baginda teramat lah sangat murah hatinya, dan dianugerahkan dengan akhlak yang mempesonakan....oleh itu baginda sentiasa menyerlahkan wajah yang berseri dengan senyuman dan tidak mengalami kesukaran sewaktu berhadapan dengan orang yang tidak disukainya.

tindakan baginda yang sedemikian rupa adalah supaya umat islam meniru perbuatan baginda yang sentiasa senyum walau pada orang yang tidak disukai. ini juga dapat menghindarkan umatnya dari perkara yang buruk.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria.


sebagai umatnya yang mengaku bahawa baginda adalah sebaik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita rasa malu dengan diri kita sendiri kerana tidak mengikut perbuatan baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.

bukankah mengikut perbuatan RASULULLAH itu sunnah namanya...buat sunnah itu ganjarannya pahala...jadi tidak mahukah kita pada pahala???

beruntunglah pada siapa yang mengikuti dan mengamalkan sunnah RASULULLAH dalam kehidupannya seharian. harga sebuah senyuman yang ikhlas itu tidak ternilai dengan wang ringgit.

contohilah RASULULLAH yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.





Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah.

Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?”

Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:
“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

blue, colorful, cute, happiness, lovely
tegasnya baginda dalam melaksanakan hukum agama...walau dalam kesibukan itu baginda tidak pernah lupa untuk sentiasa tersnyum dalam segala hal....
siapa tahu dengan senyuman mu itu dapat menggembirakan hati seseorang yang tengah berduka...tidak mustahil semua itu...

senyumlah selagi kita mampu...
kemurungan yang melanda diri mampu pergi jauh hanya dengan senyuman yang kita pamerkan...
sebuah ukhuwah yang erat dapat terjalin dengan senyuman yang kita serlahkan....



books, cute, girl, smile

blue, breathe, cute, floral, happiness















jadi senyumlah...hodohnyer kalau xsenyum :)




No comments:

Post a Comment